Pages

Sunday, September 8, 2013

Ubi kentang mampu hilangkan lingkaran bawah mata



Selalunya petua untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata adalah dengan menggunakan timun dan uncang teh. Tetapi tahukah anda ubi kentang juga mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Ini kerana kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda terutamanya pada bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase.

Ianya bukan sukar untuk dibuat, namun tidak juga sesenang seperti memotong timun kemudian lekapkan terus di kawasan mata. Tetapi hasilnya memang berbaloi untuk di lakukan.

Nak tahu cara-caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata anda:

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Selamat mencuba!
copy paste
Reply To This Comment

Penumpang Air Asia Dakwa Telinga 95% Dah Pekak Lepas Penerbangan ?


SEORANG penumpang AirAsia mendakwa telinga kanannya hampir pekak kerana juruterbang syarikat itu telah bertindak meningkatkan kelajuan pesawat dari Guangzhou ke Kuala Lumpur untuk ‘mengejar masa’.
Pengusaha bunga, Wong Chan memberitahu Guang Ming Daily, pendengarannya hanya tinggal lima peratus kesan daripada kelajuan yang terjadi.

Katanya, ramai penumpang, termasuk suami dan anaknya, terpaksa menutup telinga mereka untuk mengurangkan ketidakselesaan berikutan ‘tekanan’ yang terhasil di dalam kabin.

Mengulas lanjut, Wong memberitahu, pada mulanya penerbangan mereka pada 8 Mei lalu telah ditangguhkan 40 minit, ia hanya berlepas China pada pukul 9:30 tetapi TETAP tiba di LCCT pada masa yang sama, seperti mana dijadualkan pada waktu asalnya

Ini membuatkan yang dia percaya yang  juruterbang pesawat itu menerbangkan pesawatnya dengan laju untuk mengejar masa.

Wong berkata telinganya mula berdarah ketika tiba di rumah.

Beliau memberitahu akhbar itu beliau telah pergi ke klinik di mana dia telah diberikan antibiotik, namun terpaksa merujuk kepada pakar setelah keadaannya tidak banyak berubah.

“Doktor berkata gegendang telinga kanan saya telah cedera kerana tekanan udara dan saya perlu dirawat selama setengah tahun, untuk melihat sama ada ia akan sembuh dengan sendiri. Jika tidak, saya perlu menjalani pembedahan,” katanya .

Sehingga kini, menurut Wong, dia tidak dapat bekerja dan terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit dan pil tidur setiap malam.

Katanya, beliau juga telah dinasihatkan agar tidak menggunakan pengangkutan udara selama enam bulan, dalam erti kata lain, beliau ‘terlepas’ peluang untuk bercuti di Bali, Phuket dan Taiwan seperti mana yang telah dirancang.

” Saya harap AirAsia boleh membayar pampasan kepada saya, sama ada untuk bil perubatan saya atau kesan psikologi yang disebabkan oleh kejadian itu,” kata Wong, 59, sambil menambah bahawa dia telah meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Tiew Way Keng kerana dia tidak mempunyai apa-apa insurans penerbangan.

Dalam pada itu, AirAsia dilaporkan telah menerima aduan Wong.

Menurut jurucakap syarikat itu, mereka mengalu-alukan penumpang lain yang menghadapi situasi yang sama dalam penerbangan tersebut  untuk menyediakan butiran lanjut mengenainya.
Reply To This Comment

Kecoh Gambar Di upload Oleh Fouziah Gous dihentam oleh Peminat

idak dinafikan bahawa kepelbagaian teknologi dan aplikasi di telefon bimbit menjadikan anak muda zaman sekarang semakin bijak mengambil gambar cantik-cantik dan sedikit pelik.

Kerana aplikasi itu jugalah adakalanya manusia teruk dibidas. Hal ini terjadi kepada Fouziah Gous selepas dia memuat naik sekeping gambar yang dikatakan menyerupai dajal oleh beberapa orang peminat Fouziah di Instaram.

Melalui foto itu, Fouziah teruk dihentam hingga ada yang mengatakan gambar berkenaan tidak sesuai untuk dilihat oleh ibu mengandung.

sumber oh bulan


Namun begitu, Fouziah Gous dan tunangnya, Zhaf Yusof tidak hanya berdiam diri sebaliknya membidas teguran-teguran diberikan dengan meminta mereka membuat rujukan terlebih dahulu.


Memang tidak elok untuk kita menyamakan seseorang dengan sesuatu namun diharapnya selepas ini Fouziah Gous atau mana-mana artis lain berfikir masak-masak sebelum memuat naik gambar yang boleh mencetuskan kontroversi.

sumber oh bulan

Reply To This Comment

Guru Redah Sungai 12 kilometer Setiap hari

 
KERALA, India - Seorang guru di India sanggup berenang meredah sungai sejauh 12 kilometer (km) setiap hari seawal pukul 9 pagi untuk ke sekolah di perkampungan Malappuram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Abdul Mallik yang telah menjadi guru sejak 20 tahun lalu itu akan meredah air sungai yang mencecah paras leher dengan bantuan sebuah tiub tayar di pinggangnya.
Ketika berenang merentasi sungai, semua kelengkapan seperti pakaian, kasut dan bekalan makanan Mallik akan disimpan di dalam satu beg plastik dan dijulang dengan sebelah tangan hingga dia tiba ke seberang.
Walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian dan perlu dilakukan guru berusia 40 tahun itu untuk ke sekolah setiap hari.
"Jika saya ke sekolah dengan menaiki bas ia mengambil masa selama tiga jam untuk perjalanan sejauh 12 kilometer.
"Jadi, berenang merentasi sungai adalah lebih mudah, cepat dan saya boleh tiba ke sekolah tepat pada masanya," kata Mallik.
Menurut laporan media tempatan, Mallik akan menukar pakaian basahnya di belukar di tebing sungai dan meneruskan perjalanan menaiki bukit selama 10 minit untuk tiba ke sekolah.
Guru kerajaan seperti Mallik biasanya menerima gaji sebanyak Rs.25,000 (RM1,281). - Agensi
Reply To This Comment

Tokyo Jadi Tuan Rumah Olimpik 2020

  


TOKYO, Jepun - Bandar raya Tokyo mengungguli hak penganjuran Sukan Olimpik 2020 selepas dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Ibu negara Jepun itu mengetepikan Istanbul, Turki dengan undi 60-36 pada pusingan akhir undian oleh IOC di Buenos Aires, Argentina kelmarin.
Madrid, Sepanyol pula tersingkir pada pusingan awal undian.
Keputusan undian itu hadir selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi jaminan berhubung keselamatan krisis nuklear Fukushima kepada anggota-anggota IOC.
Krisis nuklear Fukushima berlaku ekoran bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu pada Mac 2011.
Kejayaan dipilih sebagai tuan rumah sukan itu disambut gembira oleh beribu-ribu orang yang berkumpul sejak awal pagi di pusat bandar di sini yang menonton siaran langsung pengumuman dari Buenos Aires.
Jepun sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1964. - Agensi
Reply To This Comment

Friday, September 6, 2013

Lelaki lakar 50 pagar sesat



GAMBAR pada 2013 yang disiarkan oleh Ladang Idle-Hour menunjukkan pagar sesat bertemakan Safari Afrika yang dihasilkan oleh Day di Troy, Ohio.



CAROLINA UTARA - Sejak beberapa bulan lalu, seorang lelaki, Timothy Day telah menghasilkan lebih 50 pagar sesat di ladang-ladang jagung di seluruh negeri Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS).
"Saya membina pagar sesat ini dengan membuat laluan-laluan di ladang jagung menggunakan jentera pembajak," kata Day.
Pagar sesat itu dihasilkan sempena sambutan perayaan Halloween di AS pada bulan depan.
Namun, musim membina pagar sesat tersebut telah bermula sejak Jun lalu.
Dia dan beberapa krunya diupah untuk menghasilkan pagar sesat dari Kanada hingga ke negeri Florida di AS.
Bagi mengelakkan dia sendiri tersesat, Day menggunakan sebuah komputer yang dilengkapi sistem pengesanan global dan pelan pagar sesat berkenaan.
Kebanyakan pagar sesat yang dibinanya berkeluasan antara 2 hingga 3 hektar tetapi Day pernah membina beberapa pagar sesat seluas 5 hektar. - AGENSI
Reply To This Comment

Tuesday, September 3, 2013

Judi Internet Di Kedai Makan

Ampang: Berselindung di sebalik kedai makan dan pusat Internet antara modus operandi digunakan sindiket perjudian yang dilaporkan berleluasa sekitar daerah ini sejak lebih enam bulan lalu.
Sindiket perjudian ini dilaporkan bukan sekadar menyasarkan warga asing seperti Indonesia sebaliknya warga tempatan. Lebih menyedihkan, mereka turut membenarkan remaja berusia belasan tahun memasuki premis terbabit untuk bertaruh nasib.

Harian Metro yang mendapat aduan orang ramai yang mendakwa wujud beberapa kawasan di daerah ini seperti Pandan Indah, Pandan Jaya dan Jalan Mamanda, di sini, melakukan aktiviti perjudian Internet dengan meluas segera menyiasat ke lokasi dikatakan bagi melakukan tinjauan selain mendapatkan kesahihan.
Tinjauan wartawan mendapati dakwaan berkenaan benar, malah beberapa premis di kawasan itu menggunakan pelbagai taktik bagi mengaburi mata masyarakat termasuk berselindung di sebalik kafe ataupun restoran dan kedai Internet.

Seorang peguam yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 42, berkata, sindiket perjudian melakukan perniagaan haram mereka seolah-oleh kebal daripada tindakan undang-undang.

“Mana tidaknya, remaja belasan tahun juga dibenarkan masuk untuk bertaruh. Perbuatan mereka ini merosakkan anak bangsa yang masih mentah dan tidak tahu menahu mengenai keburukan dan natijahnya akibat berjudi.
KAFE siber yang dipercayai menjalankan judi Internet.
“Saya harap pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak memandang mudah perkara ini,” katanya.

Adzlan Abu, 28, yang bekerja sebagai seorang guru ketika ditemui berkata, dia hairan bagaimana premis seumpama itu boleh beroperasi dengan bebas.
“Malah, ada premis yang pernah diserbu, namun kembali beroperasi kurang 24 jam selepas serbuan. Bukankah ini menjadi persoalan besar kepada masyarakat,” katanya.

“Sepatutnya, premis sama ataupun yang sudah diserbu perlu disita dan ditutup sepenuhnya. PBT seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sepatutnya terus menggantung lesen pemilik pusat perjudian itu,” katanya menuntut MPAJ supaya lebih peka dengan kesan berleluasanya aktiviti perjudian.

Ketika tinjauan dilakukan, wartawan yang berkesempatan memasuki satu daripada empat premis yang menjalankan kegiatan perjudian itu mendapati pelbagai jenis judi berkomputer berasaskan Internet seperti ‘Jackport’, ‘mesin judi monyet’, ‘roullete’ dan sebagainya disediakan di premis berkenaan bagi memenuhi ‘selera’ kaki judi.

Kebanyakan premis turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan mereka memantau individu yang datang terutamanya pihak berkuasa.

Malah, ada premis yang hanya membenarkan pelanggan tetap ataupun mereka yang mempunyai kata laluan tertentu untuk masuk ke premis berkenaan.

Selepas memastikan kesahihan dakwaan berkenaan, Harian Metro kemudian memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam ruangan kolumnya Sabtu lalu turut membincangkan isu berkaitan perjudian.

Beliau berkata, PDRM tidak pernah memandang ringan dan sentiasa prihatin terhadap aktiviti perjudian yang wujud di kawasan kediaman mahupun pusat membeli-belah apatah lagi membabitkan remaja.
Reply To This Comment